Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 28, 2024 23:59 MYT
Oktober 28, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Oktober 2024.
Sistem itu direka untuk mempercepatkan proses pengecaman, dan mengurangkan masa menunggu.
Kementerian Luar Malaysia mengambil maklum cadangan damai terkini yang diumumkan oleh Mesir, yang menyeru gencatan senjata selama dua hari di Gaza.
Salome Zourabichvili berkata presiden dan pembangkang tidak akan menerima keputusan pilihan raya yang dianggap sebagai penipuan.
Dalam tempoh 48 jam yang lalu, 96 rakyat Palestin terkorban dan 277 lagi cedera.
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden akan mengundi awal pada pilihan raya presiden pada Isnin.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) memaklumkan bahawa seluruh penduduk Gaza utara berisiko mati ketika Israel meneruskan operasi ketenteraan yang intensif di kawasan tersebut.
"Kami akan memberikan respons yang setimpal terhadap pencerobohan oleh rejim Zionis."
Gabungan parti pemerintah Jepun kehilangan majoritinya di Dewan Perwakilan dalam pilihan raya umum pada Ahad, memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri Shigeru Ishiba.
Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi mengumumkan cadangan itu, menurut media Israel.
Bayaran pampasan yang diterima adalah minima kerana perbicaraan melibatkan juri.