Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 25, 2024 23:59 MYT
Oktober 25, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Oktober 2024.
Tentera Israel mendedahkan video memaparkan ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi memaklumkan, berlaku kemungkinan sebuah "pengakhiran tajam" dalam konflik dengan Hezbollah yang disokong Iran di Lubnan.
Qatar Airways menggantung sementara dua laluan serantau pada Khamis, menurut Agensi Anadolu.
Rundingan gencatan senjata Gaza dijangka disambung semula dalam beberapa hari akan datang, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.
Rusia sedia membantu menamatkan konflik di Asia Barat, tegas Presidennya, Vladimir Putin.
Kementerian Pertahanan Turkiye mengumumkan pada awal Jumaat, 34 sasaran pengganas PKK (Parti Pekerja Kurdistan) dimusnahkan dan sejumlah besar pengganas "dineutralkan" dalam satu operasi udara yang dijalankan di wilayah Hakurk, Gara, Qandil dan Sinjar di utara Iraq, lapor Agensi Anadolu (AA).
Isteri bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, Bushra Bibi, dibebaskan dari penjara pada Khamis, sehari selepas beliau dikat jamin dalam kes berkaitan penjualan haram hadiah milik negara.
Seorang pelajar Malaysia disabitkan di mahkamah jenayah di Warwick, West Midlands, England atas kesalahan membunuh bayinya yang baru lahir pada Mac lalu.
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas akibat Taufan Tropika Kristine (Trami) yang telah menyebabkan banjir besar, tanah runtuh dan mengakibatkan ratusan penduduk di Filipina dipindahkan.
Tragedi tsunami berupaya memperkukuh komitmen dan kesalinghubungan antara negara ASEAN dan rantau ini tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana alam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam nahas helikopter di Negeri Port Harcourt yang kaya dengan minyak di Nigeria pada Khamis, dengan lima yang lain dilaporkan hilang, lapor Agensi Anadolu yang memetik Kementerian Penerbangan dan Pembangunan Aeroangkasa.