Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 22, 2024 23:59 MYT
Oktober 22, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang , Selasa, 22 Oktober 2024.
Sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak terbunuh di bandar Sumy, timur laut Ukraine dalam serangan dron Rusia semalaman.
Bobby Kertanegara menjadi 'penghuni' rasmi Istana Merdeka di Jakarta selepas majlis angkat sumpah jawatan, Presiden Kelapan, Prabowo Subianto pada Ahad lalu.
Bekas Presiden Rodrigo Duterte tidak menghadiri sesi pendengaran Jawatankuasa Quad House mengenai pembunuhan di luar bidang kehakiman (EJK) yang dikaitkan dengan kempen antidadahnya, pada Selasa atas alasan kesihatan, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
China sedia bersinergi dengan Indonesia di bawah kepimpinan dan bimbingan ketua negara itu yang baharu.
Pasukan Rapid Support Forces (RSF) yang terlibat dalam konflik di Sudan dipercayai secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat kargo selepas disangka sebagai pesawat tentera.
Lee Hsien Yang berharap suatu hari nanti keadaan akan membolehkannya kembali ke tanah air dengan selamat.
Menteri Belia dan Sukan Indonesia Dito Ariotedjo menegaskan bahawa pasukan Bahrain tidak sepatutnya menolak untuk bermain di Indonesia.
Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan logo dan tema, dengan memilih bunga raya sempena Kepengerusian ASEAN pada 2025.
Mesyuarat tergempar Majlis Liga Arab itu diadakan sebagai tindak balas terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin serta jenayah genosid yang dilakukan oleh Israel.
Pasukan UNIFIL akan terus mengekalkan kedudukannya di selatan Lubnan walaupun berdepan cabaran dan tekanan yang berterusan.