Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 18, 2024 23:59 MYT
Oktober 18, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Mereka akan segera diusir dan akan diletakkan dalam senarai hitam yang melarang mereka daripada memasuki semula Filipina.
Empat gerabak tangki bahan api tergelincir akibat pelanggaran itu, menyebabkan kerosakan besar pada landasan kereta api.
Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah menggerakkan 100,000 anggota, termasuk tentera, polis dan anggota penguatkuasa wilayah.
Pihak berkuasa berkata, Payne yang terjatuh dari balkoni di tingkat tiga Hotel CasaSur Palermo menyebabkan kecederaan mematikan.
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia.
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Ribuan penduduk di South Australia (SA) terputus bekalan elektrik selepas ribut petir kuat melanda negeri itu, menyebabkan kerosakan pada talian kuasa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa Israel menghalang pakar perubatan daripada memasuki Gaza untuk membantu klinik-klinik di kawasan terkepung
Tujuh orang termasuk anggota polis terbunuh pada Khamis selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di persimpangan sibuk di Mogadishu, ibu kota Somalia, menurut polis.