Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 17, 2024 23:59 MYT
Oktober 17, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Oktober 2024.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan biadab dan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Israel ke atas Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir el-Balah dan pengepungan haram di kem Pelarian Jabalia.
Susulan siri serangan ganas tidak berperikemanusiaan dilakukan rejim Zionis di utara Gaza, situasi di hospital kawasan itu kini berada dalam keadaan genting.
Datuk Bandar Nabatieh terbunuh bersama lima yang lain dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan, menurut dua sumber keselamatan.
United Kingdom (UK) menggesa Israel untuk membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza dan patuh kepada undang-undang antarabangsa.
Mesir pada Rabu menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil "tindakan segera dan tegas" bagi menghentikan serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
Angka kematian akibat letupan lori tangki minyak di negeri utara Nigeria, Jigawa, awal minggu ini melebihi 100 orang, kata jurucakap Presiden Nigeria Bola Tinubu, Rabu.
Hampir 4.92 juta penjawat awam India pada Rabu menerima kenaikan gaji sebanyak tiga peratus melalui elaun sara hidup (DA) sebagai pampasan terhadap kenaikan harga barang.
Presiden terpilih Prabowo Subianto mengadakan sesi pemukiman bersama sejumlah calon bakal menteri, timbalan menteri dan ketua agensi setaraf menteri di Jawa Barat.
Vietnam telah diiktiraf sebagai negara yang paling menyerlah untuk perniagaan sejak dua dekad yang lepas, menurut Kedudukan Persekitaran Perniagaan Unit Risikan Ekonomi (EIU), lapor Xinhua memetik laporan Berita Vietnam.
Bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan maut di sebuah hotel di Buenos Aires, ibu negara Argentina, pada Rabu waktu tempatan.