Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 11, 2024 23:59 MYT
Oktober 11, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Oktober 2024.
Sebanyak 10 daripada 100 kontena yang mengandungi pelbagai sumbangan bantuan daripada rakyat Malaysia berjaya dibawa masuk dan diagihkan kepada penduduk Gaza dalam tempoh sebulan ini.
Tentera Israel telah mengumumkan perampasan tanah ibu pejabat utama Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat di kawasan Sheikh Jarrah, Baitulmuqaddis Timur yang diduduki untuk membina 1,440 unit perumahan.
Lubnan sedang berdepan krisis kemanusiaan yang "sangat dahsyat dan sukar digambarkan" apabila Israel terus melancarkan serangan udara dan darat, menurut Doctors Without Borders (MSF) di Lubnan.
Malaysia akan berunding dengan Myanmar dalam usaha menyelesaikan pergolakan berterusan di sana selepas negara diperintah junta itu memberi isyarat membuka pintu rundingan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philemon Yang, pada Khamis mengecam serangan Israel terhadap kedudukan pasukan pengaman PBB di Lubnan yang mencederakan dua anggota pengaman.
Kerajaan Indonesia kini mengesahkan telefon pintar terbaru Apple, iaitu iPhone 16, tidak dibenarkan penjualan di negara tersebut.
Seorang maut, manakala 12 lagi terperangkap dalam sebuah lombong emas di Colorado pada Khamis.
ASEAN dan China bersetuju untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan, yang sekian lama menimbulkan ketegangan di rantau Asia Tenggara, melalui jalur diplomatik.
Agensi imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menahan seorang warga China dalam Senarai Paling Dikehendaki Interpol kerana jenayah kewangan berskala besar pada 1 Okt ketika dia cuba meninggalkan pulau percutian itu.
Malaysia, hari ini mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos dalam upacara simbolik oleh Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.