Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 9, 2024 23:59 MYT
Oktober 9, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Oktober 2024.
Indonesia telah menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah mangsa pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.
Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo pada Selasa.
Selepas empat tahun trauma dengan mimpi ngeri yang dialaminya, pelakon wanita yang banyak terbabit dengan naskhah Malayalam, Telugu dan Hindu, Malvi Malhotra boleh menarik nafas lega.
Malaysia menggariskan tiga langkah dalam usaha meningkatkan potensi ASEAN dalam memacu pertumbuhan perdagangan, hubungan pelaburan dan transformasi digital.
Blinken akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak AS-ASEAN di ibu kota Laos, Vientiane.
Malaysia mengingatkan negara anggota ASEAN untuk menolak sebarang tawaran yang berpotensi menyebabkan perpecahan.
Acara bermula dengan PM Laos dan isteri sambut kedatangan ketua-ketua negara ASEAN di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC).
Pusat Taufan Kebangsaan menjangkakan kelajuan angin Milton akan mencapai sehingga 270 kilometer sejam sebelum ia mendarat.
Dr Lee Wei Ling menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit progressive supranuclear palsy (PSP).
Dua kapal tentera laut Turkiye dijadualkan bertolak ke Beirut pada Selasa sebagai sebahagian daripada operasi berkenaan.