Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 5, 2024 23:59 MYT
Oktober 5, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan antikerajaan oleh penyokong bekas Perdana Menteri Imran Khan yang dipenjara, berhampiran kawasan D-Chowk, di sini, malam tadi.
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu yang dijangka berlanjutan hingga hujung minggu.
Sebuah gitar elektrik yang pernah digunakan mendiang George Harrison dijangka akan mencecah lebih AS$800,000 (RM3.38 juta) dalam satu lelongan bulan depan.
PUSAT Kawalan Penyakit Kesatuan Afrika (Afrika CDC) memaklumkan, lebih 800 orang di seluruh Afrika dilaporkan maut akibat wabak mpox.
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat.
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Serangan udara dan darat Israel di Lubnan telah memaksa lebih 200,000 orang melarikan diri merentasi sempadan ke Syria, yang sudah bertahun-tahun berdepan masalah perang saudara dan ancaman kebuluran.
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut umum pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Indonesia secara rasmi melancarkan "Pelan Pencegahan dan Kawalan Kanser Kebangsaan 2024-2034" semasa pembukaan Persidangan Kanser Antarabangsa Indonesia (IICC) 2024 di Bali pada Khamis, lapor ANTARA.