Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 4, 2024 23:59 MYT
Oktober 4, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Oktober 2024.
Lubnan pada Khamis mengemukakan aduan rasmi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Setiausaha Agung Antonio Guterres mengenai pencerobohan Israel ke dalam wilayahnya serta pelanggaran Blue Line yang memisahkan kedua-dua negara itu.
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0 pada malam Selasa.
Tentera Israel berikrar akan terus menyerang sasaran pasukan pejuang Hezbollah yang berpangkalan di Beirut, Lembah Bekaa dan selatan Lubnan.
5. Taiwan masih berdepan kesan Taufan Krathon, sebahagian kawasan masih ditutup
Taiwan mula pulih secara beransur-ansur pada Jumaat selepas dilanda Taufan Krathon yang menjejaskan seluruh negara dan kepulauan sekitarnya.
Itali memindahkan kira-kira 180 rakyatnya dari Lubnan menggunakan penerbangan sewa khas yang diatur oleh Kementerian Luar Negeri, kata Menteri Luar Itali Antonio Tajani pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Larangan menyertai perhimpunan dikuatkuasakan di Islamabad, Rawalpindi, Sargodha dan Attock, Pakistan, sebagai persediaan menghadapi protes Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dirancang di sini hari ini.
Lima orang terkorban selepas Taufan Krathon melanda utara Filipina, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan agensi bencana negara pada Jumaat.
Paras air banjir dilaporkan menembusi beg pasir yang menjadi penghadang ketika hujan lebat kembali melanda utara Thailand pada Khamis.
Kanser, penyakit jantung, dan pneumonia merupakan antara punca kematian utama di Korea Selatan tahun lepas, menurut data pejabat statistik pada Jumaat, lapor Xinhua.