Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 1, 2024 23:55 MYT
Oktober 1, 2024 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Oktober 2024.
Israel secara rasmi telah memulakan operasi darat di selatan Lubnan, awal pagi Selasa.
Dua roket Katyusha menghentam kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Selasa, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan, menurut pihak tentera Iraq.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) didakwa telah mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan persiapan dan Latihan ketenteraan untuk operasi di Lubnan, Beirut.
Bekas Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pada Selasa secara rasmi mengambil alih jawatan sebagai setiausaha agung NATO yang baharu, menggantikan Jens Stoltenberg dari Norway yang mengetuai pakatan itu selama sedekad, lapor Agensi Anadolu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Shigeru Ishiba atas pemilihannya sebagai Perdana Menteri baharu Jepun.
Claudia Sheinbaum mengangkat sumpah sebagai Presiden wanita pertama Mexico pada Selasa, memulakan tempoh enam tahun menggantikan mentornya, Andres Manuel Lopez Obrador, seorang populis berhaluan kiri.
Pengundi di Kashmir yang ditadbir India pada Selasa keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam fasa ketiga dan terakhir pilihan raya penting yang akan menentukan nasib 415 calon, lapor Agensi Anadolu.
Presiden Rusia Vladimir Putin merombak Majlis Keselamatan Rusia pada Isnin dengan memperkenalkan beberapa ahli baharu penting
9. Bekas Ketua Polis Yongsan dihukum penjara 3 tahun berkaitan insiden rempuhan orang ramai di Itaewon
Sebuah mahkamah di Seoul pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun tanpa kerja berat terhadap bekas Ketua Balai Polis Yongsan kerana gagal mengambil langkah keselamatan terhadap bahaya yang boleh diramalkan dalam insiden rempuhan orang ramai yang membawa maut pada 2022 di Daerah Itaewon, di sini.
Seorang lelaki yang didakwa cuba membunuh Donald Trump di luar salah satu padang golf Florida 15 September lalu, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan di mahkamah.