Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 30, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 September 2024.
1. UAE kutuk serangan kejam sasar kediaman Duta UAE di Sudan
Ia merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap prinsip ketakbolehcabulan premis diplomatik.
2. Wanita PBB beri amaran kesan bencana perang terhadap lebih 177,000 wanita Gaza
Selepas lebih 11 bulan berperang, sistem penjagaan kesihatan di Gaza hampir runtuh, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
3. New Zealand cipta rekod dunia haka Maori terbesar, rampas semula gelaran
Penganjur berkata 6,531 orang mempersembahkan haka paling terkenal di negara itu, Ka Mate, pada petang Ahad.
4. China memperlihatkan sut misi ke permukaan bulan
Dari segi rekaan ia mirip rekaan sut angkasawan misi Apollo NASA dari dekad 60an.
5. Konflik Asia Barat: Joe Biden akan segera bercakap dengan Benjamin Netanyahu
Presiden Amerika tegaskan, perang yang semakin meluas di Asia Barat mesti dielakkan.
6. Kedaulatan Lubnan harus dipelihara - Arab Saudi
Arab Saudi teguh memberi sokongan kepada Lubnan yang menjadi sasaran terbaharu Israel.
7. Israel peroleh maklumat awal risikan tentang lawatan Nasrallah ke Beirut sebelum serangan
Israel telah dimaklumkan lebih awal pada Jumaat mengenai rancangan Nasrallah untuk melawat kawasan itu, menurut akhbar Le Parisien.
8. Lebih 100 maut, 350 cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan
Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh dan 359 cedera dalam serangan udara Israel di seluruh Lubnan pada Ahad.
9. Mayat Hassan Nasrallah ditemukan - Sumber
Bagaimanapun, majlis pengebumiannya masih belum diatur.
10. OIC tekan kepentingan perikatan global laksana penyelesaian dua negara
Taha gesa semua negara sertai inisiatif tersebut, menonjolkan peranannya yang berusaha untuk penyelesaian mengikut undang-undang antarabangsa.
#berita pilihan #antarabangsa #bencana perang #oic
;