Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 29, 2024 23:59 MYT
September 29, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 September 2024.
Pertahanan udara Rusia telah menembak jatuh 125 dron Ukraine, menurut Kementerian Pertahanan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
LAHIR kira-kira sedekad sebelum Miss Universe diadakan buat kali pertama pada 1952, Choi Soon-hwa berpotensi mencipta sejarah sebagai peserta paling tua dalam pertandingan itu selepas berjaya menjadi finalis dalam Miss Universe Korea.
Ribut Tropika Krathon telah dinaik taraf menjadi taufan oleh Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) pada Ahad.
Kerajaan metropolitan Tokyo melancarkan aplikasi janji temu baharu untuk telefon pintar yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memadankan individu yang serius mengenai perkahwinan berdasarkan nilai mereka, lapor Agensi Berita Kyodo.
Sebanyak 230 kes penerbangan dron tanpa kebenaran di sekitar pejabat presiden dilaporkan sehingga tahun lepas, sejak pejabat tertinggi itu berpindah ke daerah tengah Seoul, Yongsan pada 2022, lapor Agensi Berita Yonhap memetik seorang ahli parlimen pembangkang.
Tiga aktivis alam sekitar didakwa atas kerosakan jenayah selepas sup dilemparkan ke atas dua lukisan Van Gogh di Galeri Nasional London pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kumpulan Houthi Yaman telah melepaskan peluru berpandu balistik ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di tenggara Tel Aviv pada Sabtu.
SEORANG wanita di Shanghai dipecat gara-gara enggan membeli sarapan pagi untuk bosnya, lapor South Morning China Post.
SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor United Press International (UPI).
Lubnan mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari susulan kematian pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terkorban dalam serangan Israel di Beirut.