Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 27, 2024 23:57 MYT
September 27, 2024 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 September 2024.
Beribu-ribu aktivis, ahli organisasi hak asasi manusia dan wakil dari komuniti Palestin, Arab, dan Muslim berhimpun di luar kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di New York City, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantung keahlian Israel dalam badan dunia itu.
Lubnan pada Khamis melaporkan bahawa jumlah kematian akibat serangan Israel di seluruh negara meningkat kepada 1,540 sejak Oktober lalu, lapor Agensi Anadolu.
Pesuruhjaya Tinggi agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Filippo Grandi menggesa pendekatan baharu terhadap krisis Rohingya, dengan mengatakan bahawa masyarakat antarabangsa harus melakukan lebih banyak untuk menamatkan kesengsaraan lebih satu juta Rohingya di kem di Bangladesh.
Datuk Bandar New York, Eric Adams didakwa atas lima tuduhan Persekutuan berkaitan rasuah, penipuan melalui perkhidmatan kawat, konspirasi dan meminta sumbangan kempen daripada warga asing, menurut dokumen pendakwaan setebal 57 muka surat yang didedahkan pada pagi Khamis.
Parti pemerintah Jepun akan memilih pemimpin baharu pada Jumaat untuk menggantikan Perdana Menteri Fumio Kishida.
Sekurang-kurangnya lima maut selepas Taufan John melanda negeri Guerrero di selatan Mexico, lapor Xinhua.
Sebahagian wilayah England dilanda hujan lebat dan banjir pada awal pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Taufan Helene melanda pantai barat negeri Florida di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menurut Pusat Taufan Kebangsaan AS, dengan pegawai melaporkan sekurang-kurangnya satu kematian, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Setelah menandatangani perjanjian pemeriksaan kuarantin dengan China pada tahun ini, Malaysia mengeksport durian segar kumpulan pertama ke bandar Zhengzhou China menerusi pengangkutan udara pada Ogos lepas dan kargo itu kemudian diagihkan untuk dihantar ke sejumlah bandar yang lain.