Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 26, 2024 23:59 MYT
September 26, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 September 2024.
Bantuan itu akan disalurkan kepada bekalan perubatan, kit kebersihan, bahan api untuk stesen air dan pasukan kecemasan.
Singapura menggesa pembaharuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk mengekang pelaksanaan veto oleh lima anggota tetapnya.
Malaysia dan China akan melaksanakan pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif menerusi MoU yang termeterai hari ini.
Lebih 100 ekor buaya dewasa dari Ladang Buaya Iintern Lamphun di Thailand dimusnahkan demi keselamatan penduduk berikutan banjir buruk.
Kerajaan minoriti Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau sekali lagi berjaya mengatasi undi tidak percaya yang dicadangkan oleh Parti Konservatif.
Malaysia dan Singapura adalah rakan yang baik tidak seharusnya terganggu oleh sebarang isu yang timbul antara kedua-dua negara.
Timbalan Perdana Menteri akan menekankan pentingnya kerjasama serantau untuk membuka potensi tenaga ASEAN di Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42.
Hujan lebat yang melanda Mumbai menyebabkan kejadian banjir kilat serta menjejaskan operasi penerbangan pada Rabu malam.
Malaysia pada Rabu menasihatkan rakyatnya supaya membuat persiapan segera untuk meninggalkan negara itu secara sukarela.
Tindakan secara kolektif melalui pendekatan ASEAN adalah penting untuk menangani isu Myanmar, khususnya berkaitan dengan krisis kemanusiaan dan kezaliman terhadap umat Islam.