Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 24, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 September 2024.
1. Angka korban serangan udara Israel di Lubnan meningkat hampir 500
Angka korban akibat serangan udara Israel di selatan dan timur Lubnan pada Isnin meningkat kepada 492 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan Lubnan.
2. UNIFIL beri amaran 'kesan dahsyat' sekiranya ketegangan berterusan di selatan Lubnan
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Isnin memberi amaran tentang "kesan yang dahsyat" bagi seluruh rantau sekiranya serangan Israel di selatan Lubnan terus meningkat, lapor Agensi Anadolu.
3. Penurunan signifikan pergerakan penumpang di lapangan terbang Beirut
Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Beirut mengalami penurunan yang ketara berikutan gelombang besar serangan udara Israel di Lubnan, menurut seorang tokoh pelancongan Lubnan pada Isnin.
4. Lubnan boleh jadi seperti Gaza berikutan serangan yang meningkat - Setiausaha Agung PBB
Lubnan berkemungkinan berubah menjadi seperti Gaza di tengah-tengah serangan yang semakin meningkat antara Israel dan Hizbullah, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Ahad.
5. Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan
Sekumpulan diplomat asing termasuk wakil dari Indonesia, terselamat daripada serangan bom pada Ahad ketika dalam perjalanan ke acara yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Industri Islamabad di Lembah Swat, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, utara Pakistan.
6. UNGA 79: Pentas terakhir Joe Biden, konflik di Asia Barat terus jadi tumpuan dunia
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bakal membuat penampilan terakhirnya dalam sesi debat umum di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 pada Selasa.
7. Mogok: Boeing tingkatkan tawaran gaji dan bonus
Boeing pada Isnin mengumumkan rancangan untuk menyelesaikan mogok yang sedang berlangsung oleh kesatuan pekerja terbesarnya dengan tawaran baharu merangkumi kenaikan gaji 30 peratus dan pemulihan pembayaran bonus tahunan, yang pada awalnya dirancang untuk dihapuskan.
8. Populasi Korea Selatan diramal menurun lebih 30% menjelang 2072 - Data
Korea Selatan dijangka mengalami penurunan populasi yang ketara dalam 50 tahun akan datang dan kedudukan globalnya dalam senarai negara paling ramai penduduk akan jatuh sebanyak 30 anak tangga akibat kadar kelahiran yang ultra-rendah dan penuaan yang cepat, menurut data yang dikeluarkan pada Isnin.
9. Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 3:51 pagi tadi.
10. Sering buat ‘content’ tayang isi rumah, keluarga di Bogor dirompak, suami dibunuh
Sebuah keluarga di Bogor, Jawa Barat, Indonesia berdepan kejadian ngeri apabila kediaman mereka dirompak, selepas kerap memuat naik hantaran di TikTok yang menunjukkan bahagian dalaman rumah.
#angka korban #TikTok #berita pilihan #antarabangsa
;