Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 23, 2024 23:59 MYT
September 23, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang, Isnin 23 September 2023.
Perdana Menteri Sri Lanka Dinesh Gunawardena menyerahkan surat peletakan jawatannya pada pagi Isnin susulan pemilihan Anura Kumara Dissanayake sebagai presiden baharu negara itu.
Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dalam sistem logistik untuk amalan pemakanan angkasawan berjalan lancar di China.
Malaysia dan Jepun menggariskan komitmen bersama untuk terus mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.
Hospital medan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Rafah mengalu-alukan kunjungan delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menilai inisiatif perubatan.
Puteri Wales Kate Middleton pada Ahad membuat penampilan umum pertamanya sejak mengumumkan selesai menjalani rawatan kemoterapi, lapor United Press International (UPI).
Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Ahad dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah di Gaza.
Pemimpin Asia Selatan mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake atas pemilihannya sebagai presiden baharu Sri Lanka pada Ahad.
Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian untuk memberi sokongan berterusan terhadap perjuangan rakyat dan negara Palestin.
Anura Kumara Dissanayake muncul sebagai pemenang dalam pilihan raya presiden Sri Lanka yang diadakan pada Sabtu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya pada Ahad