ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat 20, September 2024.


1. Zoo di China buat hal lagi, warnakan anjing menyerupai panda

Pengunjung zoo kebingungan selepas haiwan itu mula mempamerkan ciri seekor anjing, termasuk menyalak.



2. Yang di-Pertuan Agong terima menghadap Perdana Menteri China di Beijing

Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan sukacita berada di Beijing untuk lawatan negara dan berbesar hati dengan sambutan mesra, layanan dan aturan lawatan yang disediakan.


3. Palestin: Resolusi saja tidak cukup, PBB perlu ada ketegasan - Penganalisis

Apa yang diperlukan ketika ini ialah ketegasan kerana Israel terbukti tidak pernah mengambil endah terhadap resolusi atau undang-undang antarabangsa.


4. Bumi bakal punyai 'bulan mini' sementara bermula 29 Sept

Fenomena ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar atau teleskop biasa dan dijangka asteroid ini akan kembali pada tahun 2055.


5. Perdana Menteri Perancis Barnier bentuk kerajaan

Perdana Menteri baharu Perancis, Michel Barnier berjaya membentuk kerajaan dan dijangka menyerahkan senarai anggota Kabinet baharu kepada Presiden Emmanuel Macron.


6. Menghadapi Cabaran Global: Isu-isu utama di UNGA Ke-79

Dunia akan memerhati bagaimana pelbagai isu yang didepani masyarakat di peringkat global diusulkan dan diperdebatkan.


7. Serangan Israel di Lubnan, penyelesaian diplomatik boleh dicapai segera - AS

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dilihat akan meredakan konflik di kawasan itu.


8. Gaza tempat paling 'gelap' dalam sejarah - PBB

Tindakan tentera Israel di Gaza telah memberi kesan dahsyat kepada rakyat Palestin dan merupakan antara kekejaman terburuk dalam sejarah.


9. Najib gesa Majlis Keselamatan PBB bersikap tegas atas kekejaman Israel

PM sementara Lubnan turut menegaskan, komuniti antarabangsa juga memikul tanggungjawab untuk menghentikan serangan Israel.


10. Lubnan larang alat kelui, walkie-talkie dalam penerbangan susulan letupan

Larangan itu terpakai untuk bagasi yang didaftar masuk dan barangan dibawa masuk ke dalam kabin dan pihak berkuasa beri amaran mana-mana peranti sebegitu akan dirampas.