Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 19, 2024 23:57 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 September 2024.
1. 20 maut, 450 cedera ‘walkie-talkie’ meletup di Lubnan
Jumlah kematian dalam insiden terbaharu di seluruh Lubnan melibatkan letupan ‘walkie-talkie’ pada Rabu meningkat kepada 20 orang, sementara 450 lagi mengalami kecederaan, lapor portal berita CNN yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu.
2. Kerajaan Lubnan bersiap sedia kemungkinan senario perang dengan Israel
Perdana Menteri Sementara Lubnan, Najib Mikati bertemu pada Rabu dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Krisis di negara itu dan membincangkan "kemungkinan senario" jika serangan Israel berlanjutan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
3. Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden letupan alat kelui di Lubnan - Wisma Putra
Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan kejadian letupan alat kelui yang berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara itu.
4. Perhimpunan Agung PBB lulus resolusi gesa penamatan pendudukan Israel dalam tempoh setahun
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu secara majoriti meluluskan resolusi yang menggesa penamatan pendudukan "tidak sah" Israel dalam tempoh 12 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).
5. Malaysia sambut baik usaha PBB laksana keputusan ICJ tamat pendudukan haram Israel
Malaysia mengalu-alukan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menamatkan pendudukan haram Israel ke atas Palestin.
6. Rizab Persekutuan Amerika akhirnya turunkan 50 mata asas kadar faedah
Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat (AS) memotong 50 mata asas kadar faedah, satu angka yang besar setelah sekian lama tidak menurunkan kadar itu.
7. Sean "Diddy" Combs kekal dipenjara, ikat jamin ditolak buat kali kedua
Sean "Diddy" Combs dinafikan ikat jamin buat kali kedua pada Rabu selepas penyanyi rap dan mogul muzik itu ditahan atas tuduhan pemerdagangan seks dan pemerasan.
8. Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF
Taufan Yagi telah mengakibatkan banjir besar dan tanah runtuh di seluruh Asia Tenggara, menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak dan memutuskan akses kepada sumber penting seperti air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan, dan tempat perlindungan, kata UNICEF pada Rabu.
9. Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu (18 Sept), menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia.
10. Shinkansen berhenti kecemasan apabila koc tercabut dalam perjalanan ke Tokyo
Sebuah kereta api laju Shinkansen terpaksa melakukan hentian kecemasan dalam perjalanannya dari timur laut Jepun ke Tokyo selepas beberapa kocnya tercabut, kata JR East, pengendali kereta api tersebut, pada Khamis.
#Berita AWANI #berita dunia #berita antarabangsa #berita global #berita pilihan
;