Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 17, 2024 23:59 MYT
September 17, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin 17 September 2024.
Kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman mendedahkan satu video berdurasi hampir dua minit menunjukkan rakaman pelancaran peluru berpandu hipersonik bernama "Palestine 2" pada Isnin.
Pihak berkuasa pada Isnin mendakwa seorang suspek berusia 58 tahun yang disyaki merancang membunuh bekas Presiden Donald Trump dengan dua pertuduhan berkaitan senjata api di Florida, lapor United Press International (UPI).
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon Republikan Donald Trump mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas keprihatinan mereka terhadap cubaan bunuh yang menimpanya pada Ahad di Florida, lapor Agensi Anadolu (AA).
Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Andy Jassy mengumumkan pada Isnin bahawa pekerja Amazon akan kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Anggota bomba daerah Nelas, Portugal dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan ketika api semakin menghampiri kawasan kediaman pada Isnin.
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Mariana pada 7.36 malam tadi.
Di Nigeria, 281 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di bandar timur laut Maiduguri, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Pendengaran yang ditunggu-tunggu mengenai dakwaan pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana terhadap Manchester City ditetapkan bermula pada Isnin, lapor PA Media/dpa.
Penyanyi rap Amerika Syarikat Sean "Diddy" Combs ditahan di New York atas tuduhan serangan seksual, menurut pihak pendakwa raya pada petang Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Legenda tenis Jerman, Boris Becker telah bernikah dengan teman lamanya, Lilian de Carvalho Monteiro dalam satu majlis di bandar pantai Portofino, Itali pada Sabtu, kata peguamnya kepada agensi berita Jerman dpa pada Ahad.