Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 16, 2024 23:59 MYT
September 16, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin 16 September 2024.
Insiden tembakan berhampiran bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad sedang disiasat sebagai "yang kelihatan seperti cubaan bunuh," kata Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon Republikan Donald Trump mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas keprihatinan mereka terhadap cubaan bunuh yang menimpanya pada Ahad di Florida.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden melahirkan rasa lega kerana bekas presiden dan calon presiden semasa Donald Trump tidak cedera berikutan cubaan membunuh.
Mexico dan Malaysia mempunyai potensi besar untuk kerjasama yang signifikan dalam pelbagai bidang teknologi, hasil daripada ekosistem inovasi yang semakin berkembang dan kedudukan geografi yang strategik, kata Duta Besar Mexico ke Malaysia, Luis Javier Campuzano.
Keluarga Diraja British mengucapkan selamat hari ulang tahun keputeraan ke-40 kepada Putera Harry.
Pemerintah Jordan Raja Abdullah II pada Ahad telah menitahkan Jafar Hassan untuk membentuk kerajaan baharu, menggantikan Bisher Khasawneh, yang peletakan jawatannya diperkenankan baginda.
Sekurang-kurangnya 45 orang maut dalam kemalangan bot sungai di Nigeria, kata pihak berkuasa.
Jumlah pencari suaka di Kesatuan Eropah (EU), Norway dan Switzerland menurun sedikit pada separuh pertama tahun ini tetapi masih melebihi setengah juta.
Di Nigeria, 281 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di bandar timur laut Maiduguri.
Polis Jerman sedang menyiasat satu letupan yang berlaku di bandar Cologne, Jerman pada awal pagi Isnin waktu tempatan.