Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 15, 2024 23:59 MYT
September 15, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad 15 September 2024.
Angkasawan dalam misi angkasa lepas swasta Polaris Dawn yang mencipta sejarah telah mendarat berhampiran hujung selatan Florida awal Ahad, selepas perjalanan lima hari yang termasuk aktiviti berjalan di angkasa komersial pertama di dunia, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Lebih 250,000 isi rumah di Republik Czech terputus bekalan elektrik akibat hujan lebat yang berterusan, menurut agensi CTK yang memetik pembekal tenaga, lapor agensi berita Jerman (dpa) pada Ahad.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Mataram menggunakan dron dengan teknologi pengesan haba untuk menjejaki pendaki dari Rusia, Mordovina Alexandra yang hilang ketika mendaki Gunung Rinjani secara haram, lapor Agensi Berita Indonesia (Antara).
Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter melanda wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada Ahad, lapor agensi meteorologi dan geofizik negara itu, menurut Xinhua.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk seluruh kawasan Seoul pada Ahad, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa cuaca.
Satu daripada empat orang dewasa yang berkahwin di bawah umur 40 tahun di Jepun menemukan pasangan mereka melalui aplikasi janji temu, menjadikannya antara cara paling umum pasangan bertemu, menurut tinjauan kerajaan baru-baru ini.
Pejabat Media Gaza pada Sabtu memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang bakal melanda dua juta rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza menjelang musim sejuk, lapor Agensi Anadolu.
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
Sebuah lori tangki meletup di barat daya Haiti pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan 40 yang lain, menurut pihak berkuasa perlindungan awam serantau.
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Tel Aviv bagi menyeru kerajaan Israel untuk berbuat lebih banyak bagi mendapatkan pembebasan tebusan yang masih ditahan di Gaza selepas 11 bulan.