Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 13, 2024 23:59 MYT
September 13, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat 13 September 2024.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengumumkan kelulusan vaksin MVA-BN, yang dibangunkan oleh Bavarian Nordic A/S, sebagai vaksin mpox pertama yang dimasukkan ke dalam senarai prakelayakan, lapor Xinhua.
Bekas aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia pada Jumaat, menurut keluarganya, lapor Agensi Anadolu (AA).
Angka kematian dan jumlah orang hilang akibat Taufan Yagi, banjir dan tanah runtuh telah meningkat kepada 336 setakat pukul 7 pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA), memetik data yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Daik Vietnam di bawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.
Terperangkap di atas bumbung rumah ketika banjir besar membuatkan Ekkapol Chantawong, jurulatih pasukan bola sepak muda Thailand yang pernah terperangkap di Gua Tham Luang pada 2018, kembali mengingati pengalaman lamanya.
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech pada Khamis, Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP.
Sekurang-kurangnya 37 orang maut dan 400,000 yang lain hilang tempat tinggal selepas banjir besar melanda bandar Maiduguri di timur laut Nigeria, lapor agensi berita Anadolu.
Kempen vaksinasi polio pusingan pertama di Semenanjung Gaza kini hampir selesai dengan lebih 552,000 kanak-kanak menerima dos pertama vaksin itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang juga calon Presiden Parti Republikan pada Khamis mengumumkan bahawa beliau tidak akan menyertai satu lagi debat presiden bersama Naib Presiden Kamala Harris, calon Parti Demokrat.
Nilai perdagangan luar Vietnam dijangka melebihi rekod AS$732 bilion yang dicatatkan pada 2022, berikutan trend peningkatan yang berterusan, lapor media tempatan pada Jumaat.
Tentera Laut Diraja Britain mengawasi pergerakan kapal-kapal Rusia manakala Tentera Udara Diraja (RAF) memintas dua pesawat Rusia, lapor Sputnik yang memetik kenyataan daripada Kementerian Pertahanan United Kingdom (UK).