Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 12, 2024 23:59 MYT
September 12, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 September 2024.
Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam dua serangan udara ke atas Sekolah al-Jaouni di Kem Pelarian Nuseirat pada Rabu.
Seramai 535 doktor berkhidmat di 53 hospital pengajar utama di seluruh negara setakat Selasa, turun daripada 914 tahun lepas.
Persatuan Geriatrik Hospital dan Wilayah Itali (SIGOT) menganggarkan seramai anggarkan 13,156 doktor layak bersara pada 2025.
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.
Sebuah potret bekas Perdana Menteri United Kingdom Winston Churchill yang dicuri dari sebuah hotel mewah di Ottawa, ditemukan di Itali dan akan dikembalikan akhir bulan ini.
Tanah runtuh dan banjir besar yang dicetuskan oleh Taufan Yagi telah meragut sekurang-kurangnya 197 nyawa di Vietnam, manakala lebih 100 lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa pada Khamis.
Agensi Pengawalseliaan Perdagangan Komoditi Berjangka (Bappebti) menasihatkan para pelabur untuk kekal tenang dan tidak panik.
Antara isu yang dibangkitkan oleh BEUC ialah syarikat permainan video itu tidak telus dengan pelanggan khususnya kanak-kanak.
Dua bekas eksekutif Samsung telah ditahan oleh polis Korea Selatan kerana disyaki menjual rahsia teknologi pembuatan cip memori syarikat tersebut dan telah membuka sebuah kilang di China.
Negara Eropah semakin meningkatkan kebimbangan mereka mengenai penggunaan telefon bimbit, media sosial dan bentuk komunikasi digital.
#Itali
#Korea
#Vietnam
#Gaza
#China
#United Kingdom
#Thailand
#Korea Utara
#Israel
#Indonesia
#Samsung