Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 11, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 September 2024.
1. China kekal sebagai pusat perdagangan Asia - S&P Global Ratings
Ketua Ahli Ekonomi Globalnya Paul Gruenwald berkata bahagian pasaran global China secara umumnya tidak berubah sejak 2014.
2. Debat calon presiden: Perang Israel-Hamas mesti berakhir - Kamala Harris
Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Demokrat, Kamala Harris, menegaskan bahawa perang antara Israel dan Hamas yang telah meragut ribuan nyawa perlu dihentikan segera.
3. Debat calon presiden: Jika Harris menang, Israel tidak akan wujud dua tahun lagi - Trump
Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Republikan, Donald Trump, mendakwa Israel mungkin tidak akan wujud dalam tempoh dua tahun akan datang jika Kamala Harris menjadi presiden.
4. Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di luar ekspo industri pertahanan Australia
Ribuan penunjuk perasaan anti-perang berkumpul pada pagi Rabu untuk berhimpun di luar pameran industri pertahanan di Melbourne, negeri Victoria, Australia, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.
5. Sesi ke-79 Perhimpunan Agung PBB dibuka
Sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dibuka pada Selasa oleh Philemon Yang, presiden baharu Perhimpunan Agung, lapor Xinhua.
6. UK mula proses tamat penerbangan terus dengan Iran
United Kingdom (UK) telah memulakan proses menamatkan penerbangan terus dengan Iran berhubung dakwaan Tehran membekalkan senjata kepada Rusia, lapor Sputnik yang memetik Menteri Pengangkutan Louise Haigh.
7. Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan
Ancaman tidak kelihatan termasuk keganasan siber, deepfake, kempen maklumat palsu, bencana berskala besar dan penyakit berjangkit tidak boleh ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, menurut Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck Soo.
8. Negara ASEAN perlu bersatu suarakan isu perubahan iklim - Nik Nazmi
Pendirian teguh dalam kalangan negara anggota ASEAN mengenai perubahan iklim adalah penting bagi memastikan suara dari rantau ini didengari di peringkat global, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad.
9. Ais laut Antartika catat rekod terendah untuk musim sejuk - Saintis Australia
Ais laut di Antartika mencatatkan tahap liputan terendah untuk musim sejuk pada awal September, menurut saintis Australia.
10. Apple diarah bayar cukai €13 bilion kepada Ireland
Apple kini perlu membayar cukai berjumlah €13 bilion (~RM62 bilion) kepada Ireland selepas Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) membuat keputusan bahawa arahan Suruhanjaya Eropah (EC) supaya syarikat itu membuat bayaran berkenaan pada 2016 perlu diteruskan.
#ASEAN #perubahan iklim #berita pilihan #antarabangsa
;