Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 9, 2024 23:59 MYT
September 9, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 September 2024.
Sebuah pesawat ATR 42-500 milik Trigana Air tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Stevanus Rumbewas Serui di Pulau Yapei, Papua, pada Isnin, menurut Kementerian Pengangkutan.
Kerajaan sementara Bangladesh akan memohon ekstradisi terhadap bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina dari India selepas beliau melarikan diri dari negara itu akibat protes ganas bulan lepas.
Dhaka mengulangi kenyataannya pada Ahad bahawa ia tidak dapat menampung sebarang kemasukan baharu pelarian Rohingya dan menggesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri, menurut media Bangladesh.
Tentera Israel mendedahkan sebuah lagi rakaman yang memaparkan serangan tentera Israel terhadap pejuang Hamas di Gaza pada Ahad.
Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan pada Ahad bahawa 69 peratus kanak-kanak di Gaza, berumur hingga 10 tahun telah menerima dos pertama vaksin polio, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin ( WAFA).
Singapura sedang meningkatkan pemeriksaan keselamatan di semua pusat pemeriksaan darat, udara dan laut dari 9 hingga 14 September ini.
Kerajaan Singapura akan menyumbang AS$100,000 (AS$1=RM4.30) sebagai bantuan kewangan awal bagi menyokong usaha pengumpulan dana oleh Palang Merah Singapura (SRC) untuk banjir teruk yang menjejaskan daerah timur Bangladesh.
Sejak melanda utara Vietnam pada petang Sabtu, Taufan Yagi telah mengakibatkan sembilan kematian penduduk manakala 186 lagi cedera, menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar pada pagi Ahad, lapor Xinhua.
Pasukan penyelamat pada awal Ahad membawa keluar empat lagi mayat daripada serpihan bangunan runtuh di Bandar Lucknow, utara India, menjadikan angka kematian kepada lapan orang, menurut polis.
Kementerian Kesihatan India merekodkan kes disyaki mpox yang dikesan pada seorang lelaki yang baru-baru ini mengembara dari negara yang mengalami wabak virus itu.