Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 5, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 September 2023.
1. Anwar gesa penerbangan terus hubungkan Malaysia dan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Rusia perlu mempertimbangkan untuk memperkenalkan penerbangan terus bagi meningkatkan jumlah pelancong antara kedua-dua negara.
2. Malaysia sedia kongsi kepakaran dengan negara Global South dalam BRICS - PM Anwar
Menyertai organisasi antara kerajaan BRICS bukan sahaja membolehkan Malaysia mendapat manfaat daripada kumpulan negara Global South tetapi turut memberi ruang kepada negara untuk berkongsi kepakaran.
3. PM Anwar gambarkan lawatan kerja ke Rusia suatu yang amat penting
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan kerja dua hari beliau ke Rusia secara peribadinya sebagai amat penting.
4. Presiden Korea Selatan lawat bilik kecemasan, beri sokongan kepada kakitangan
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol melakukan lawatan ke bilik kecemasan hospital pada lewat malam Rabu di tengah-tengah tekanan yang semakin meningkat ke atas perkhidmatan penjagaan kesihatan.
5. Ratu Maori New Zealand yang baharu dimasyhurkan menjelang pemakaman ayahanda
Anak bongsu dan anak perempuan tunggal Raja Maori New Zealand dimasyhurkan sebagai Ratu Maori yang baharu pada Khamis.
6. Kebangkitan Global South penting untuk ‘global order’ lebih seimbang - PM Anwar
Kebangkitan kumpulan negara Global South bukan sahaja menggambarkan anjakan dalam kuasa ekonomi sedia ada, tetapi juga merupakan satu konfigurasi, atau penetapan semula pengaruh terhadap dunia.
7. 'Layanan Malaysia ibarat saudara, tapi kami rindu Gaza' - Rakyat Palestin
Apa yang diimpikan mereka ialah kembali menikmati kehidupan bersama keluarga di kampung halaman, namun realitinya impian itu seakan-akan masih kabur.
8. Malaysia terus teroka minyak, gas di Laut China Selatan biarpun dibantah China - PM Anwar
Malaysia akan terus meneroka kawasan minyak dan gas di Laut China Selatan walaupun China membantah, kerana operasi tersebut dilakukan dalam perairan negara sendiri tanpa sebarang provokasi.
9. Kekejaman Zionis: Israel amal sikap 'satu dunia salah', kini giliran Mesir jadi mangsa – PM Anwar
Israel sering bersikap cuba menyalahkan seluruh dunia yang tidak menyebelahi tindakannya, dan yang terbaharu ialah Mesir, kata Anwar.
10. Konflik Rusia-Ukraine: ‘Selesai dengan cara rundingan’, kata Anwar kepada Putin
Konflik antara Rusia dan Ukraine perlu dihentikan segera, dan perlu diselesaikan dengan cara rundingan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#Laut China Selatan #BRICS #berita pilihan #antarabangsa
;