Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 4, 2024 23:59 MYT
September 4, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 September 2024.
Angka korban banjir dan tanah runtuh akibat taufan Yagi mencecah 16 orang di Filipina dengan 21 dilaporkan hilang.
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.
Telefon bimbit tidak dikaitkan dengan kanser otak, menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis Australia yang ditugaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Switzerland membuka semula kedutaannya di Baghdad pada Selasa, selepas 33 tahun ditutup ekoran Perang Teluk.
Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan 271 lagi cedera pada Selasa dalam serangan peluru berpandu Rusia ke atas bandar Poltava di tengah Ukraine, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.
Kementerian Kesihatan Palestin pada Selasa mengumumkan penghantaran baharu vaksin polio berjumlah 350,000 dos telah tiba di Gaza.
Potensi hubungan antara Rusia dan Malaysia belum dimanfaatkan sepenuhnya dan usaha lebih lanjut diperlukan untuk merealisasikannya, menurut jurucakap Kremlin Dmitry Peskov.
"Rasa kagum yang mendalam tentang kepesatan perkembangan syiar Islam di Malaysia". Itu antara perkara yang disampaikan Timbalan Pengerusi Majlis Mufti Rusia, Rushan Hazrat Abbyasof kepada PM Anwar.
Baginda melantik 35 menteri kabinet yang dipilih oleh Paetongtarn, termasuk enam timbalan perdana menteri serta menteri lain, selepas diperkenan sebagai perdana menteri baharu.
Jordan sifatkan keputusan Britain gantung lesen eksport senjata ke Israel langkah penting dalam usaha melindungi nyawa orang awam.
#Filipina
#Gaza
#Britain
#Palestin
#mpox
#polio
#Rusia
#Thailand
#Volodymyr Zelensky
#vaksin
#Ukraine
#WHO