Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 3, 2024 23:59 MYT
September 3, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 September 2024.
Kerajaan United Kingdom (UK) membuat keputusan menggantung penjualan beberapa senjata kepada Israel berikutan terdapat "risiko jelas" peralatan itu boleh digunakan untuk melakukan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Pertubuhan Tahanan Palestin (PPS) mendedahkan, 52 daripada 98 wartawan yang ditahan sejak perang di Gaza bermula sehingga kini kekal dalam tahanan Israel.
Bongkah permainan Lego akan menjadi lebih lestari dengan ia tidak lagi akan dihasilkan menggunakan bahan petroleum bermula 2032.
Kementerian Kesihatan Jordan mengumumkan pada Isnin bahawa negara itu mencatatkan kes pertama mpox pada tahun ini.
ersatuan Perniagaan New Zealand Malaysia (NZMBA) dan Persatuan Perniagaan Singapura New Zealand telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Dewan Perniagaan Auckland untuk meningkatkan kerjasama ekonomi antara New Zealand, Malaysia dan Singapura.
Sebuah pesawat tentera India terhempas di negeri barat Rajasthan pada malam Isnin akibat masalah teknikal.
Empat orang terbunuh dalam satu insiden tembakan di dalam sebuah kereta api di Chicago pada awal pagi Isnin.
Pope Francis, pemimpin Gereja Katolik dan Kota Vatican, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Indonesia pada Selasa (3 Sept) 11.20 pagi waktu tempatan.
Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh ribut tropika Yagi di Filipina meningkat kepada 14 orang, kata kerajaan pada Selasa.
Wilayah Hainan di selatan China mengaktifkan tindak balas kecemasan tahap IV susulan Taufan Yagi dijangka melanda kawasan pantainya, menurut pihak berkuasa tempatan.