Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 1, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 September 2024.
1. Uganda sahkan tiga lagi kes mpox
Kementerian Kesihatan Uganda mengumumkan tiga lagi kes mpox pada Sabtu, menjadikan jumlah kes penyakit mudah berjangkit yang disahkan di timur Afrika itu kepada lima.
2. Suami cuba aniaya isteri, letak ganja dalam kereta dihukum penjara
Gara-gara cuba menganiaya isterinya dengan meletakkan lebih 500 gram kanabis di dalam kereta, seorang lelaki di Singapura berdepan padah apabila dia dihukum penjara hampir empat tahun.
3. 88 peratus wilayah Gaza kini dikuasai Israel
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mendedahkan lebih 88 peratus wilayah Gaza kini ditawan Israel dengan 2.3 juta penduduk sukar mencari tempat perlindungan setelah tentera rejim mengarahkan pemindahan serta-merta.
4. Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Seorang lelaki maut apabila ditikam dengan sebilah pisau dalam satu insiden perkelahian yang berlaku di pinggir jalan raya Pamulang, Banten pada Jumaat.
5. ABBA mangsa baharu kempen politik Donald Trump
KUMPULAN muzik ABBA menjadi mangsa baharu kempen calon presiden Parti Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengambil kesempatan menggunakan lagu dan video kumpulan pop terkenal Sweden untuk tujuan politik.
6. Serangan Israel di Gaza bunuh puluhan penduduk menjelang kempen polio
Serangan Israel pada Sabtu membunuh sekurang-kurangnya 48 orang di Gaza.
7. Bangladesh diancam penyakit bawaan air
Pihak berkuasa Bangladesh bersiap sedia menghadapi penularan penyakit bawaan air selepas banjir dahsyat minggu lalu mengorbankan sekurang-kurang 54 nyawa dan menjejaskan berjuta-juta penduduk.
8. Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang, lapor penyiar NHK, menurut Sputnik.
9. Filipina, China saling tuduh-menuduh, kapal berlanggar di Laut China Selatan
Filipina dan China saling tuduh-menuduh pada Sabtu selepas kapal pengawal pantai mereka berlanggar di Laut China Selatan, dengan masing-masing mendakwa pihak lain melakukan kendalian berbahaya di kawasan yang dipertikaikan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
10. Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia berkata sebuah helikopter Mi-8 yang membawa 22 orang hilang pada Sabtu di Semenanjung Kamchatka, lapor Xinhua.
#berita pilihan #antarabangsa #Donald Trump #Laut China Selatan