Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 19, 2024 23:59 MYT
Ogos 19, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Ogos 2024.
Presiden Indonesia Joko Widodo dianugerahkan penghormatan tertinggi daripada pemerintah Palestin.
Presiden Colombia berkata larangan eksport arang batu itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu untuk menghentikan konflik di Gaza.
Saifuddin Nasution menegaskan langkah seperti membawa rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis mendapatkan perlindungan di Malaysia bukan kali pertama dilakukan.
Taburan kes termasuk 59 di Jakarta, 13 di Jawa Barat, sembilan di Banten, masing-masing tiga di Jawa Timur dan Yogyakarta dan satu di Kepulauan Riau.
Bendera Malaysia dan sepanduk menghiasai jalan-jalan utama New Delhi sebagai mengalu-alukan ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India.
Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik tiga menteri baharu dan seorang timbalan menteri di Istana Negara pada Isnin (19 Ogos).
Satu perhimpunan besar-besaran sedang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat (AS) menjelang pembukaan Konvensyen Nasional Demokrat.
Usaha memadam api kebakaran itu dilaporkan berdepan kesukaran berikutan angin kencang.
Kamala Harris memulakan kempen merentasi barat Pennsylvania dengan menyeru perjanjian gencatan senjata untuk Gaza.
China dakwa, Filipina telah berulang kali mencetuskan provokasi dan menimbulkan masalah, melanggar peraturan sementara antara dua negara.