Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 16, 2024 23:59 MYT
Ogos 16, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Ogos 2024.
Darurat selama 14 hari diisytihar di Nias Selatan di Sumatera Utara, Indonesia bagi menangani krisis kesihatan susulan wabak malaria dan denggi di kawasan berkenaan.
Usahawan Internet kelahiran Jerman, Kim Dotcom akan mengemukakan rayuan terhadap ekstradisinya dari New Zealand ke Amerika Syarikat (AS).
Dua pesawat milik TUDM yang membawa rakyat Palestin yang cedera, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pukul 2 petang tadi.
China memulakan saringan terhadap individu yang memasuki negara itu bagi mengesan virus mpox atau dikenali sebagai cacar monyet untuk enam bulan akan datang.
Pemimpin parti Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra memperoleh undi majoriti di Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Thailand ke-31.
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi US ADA memutuskan keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.
Lima orang maut pada Khamis apabila sebuah pesawat enjin berkembar terhempas di sebuah ladang di bandar Apiacas, Hutan Amazon di negeri Mato Grosso, barat Brazil.
Penerbangan 507, United Airlines yang dikendalikan Boeing 777-200 dilencongkan ke Edmonton, Kanada kerana kecemasan perubatan penumpang.
Debat akan dikendalikan Norah O'Donnell bersama Margaret Brennan.
Individu itu disahkan dijangkiti varian cacar monyet yang lebih mudah merebak semasa berada di Afrika.