Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 14, 2024 23:57 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Ogos 2024.
1. Mahkamah Perlembagaan Thailand lucut jawatan PM Srettha Thavisin
Keputusan itu diputuskan dengan 5-4 dengan lima hakim menyokong aduan dikemukakan manakala empat menolak.
2. Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sejumlah 115 bayi telah dilahirkan dan kemudian dibunuh semasa perang.
3. Pempengaruh Indonesia Cut Intan Nabila dedah video dipukul, suami ditahan
Pempengaruh Cut Intan Nabila memuat naik video mengejutkan di media sosial yang menunjukkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya, Armor Toreador.
4. Antara Muhammad Yunus, noktah kemiskinan dan Malaysia
Muhammad Yunus yang memimpin kerajaan peralihan Bangladesh ketika ini sarat dengan kisah memerangi kemiskinan dan ia berkait rapat dengan Malaysia.
5. Kishida umum tarik diri daripada bertanding, anggap "langkah pertama untuk berubah"
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengumumkan beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan presiden Parti Liberal Demokratik (LDP).
6. Anwar sambut baik jaminan Muhammad Yunus, sedia bantu Bangladesh
Perkara itu menjadi antara topik yang dibincangkan kedua-dua pemimpin menerusi panggilan telefon pada Selasa malam.
7. Buli siber: Imane Khelif saman Elon Musk, JK Rowling
Elon dan JK Rowling dinamakan dalam aduan jenayah yang dihantar ke pusat anti kebencian di pejabat pendakwa raya umum minggu lepas.
8. Negara Arab kutuk pencerobohan Israel di Masjid Al-Aqsa
Jordan mengecam pencerobohan peneroka itu sebagai "pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis."
9. PBB seru tindakan terhadap kadar kematian ibu bersalin yang tinggi di Indonesia
Angka itu jauh lebih tinggi berbanding Singapura dengan tujuh kematian, Thailand 29 kematian dan Vietnam 46 bagi setiap 100,000 kelahiran.
10. Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
#Bangladesh #Fumio Kishida #Elon Musk #Masjid Al-Aqsa #Zionis #Vietnam #Thailand #Singapura #Srettha Thavisin #PBB
;