Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 12, 2024 15:57 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Ogos 2024.
1. Indonesia adakan mesyuarat Kabinet pertama di ibu negara baharu Nusantara
Kerajaan Indonesia mengadakan mesyuarat Kabinet pleno pertamanya di Nusantara, ibu negara baharu yang terletak di wilayah Kalimantan Timur pada Isnin.
2. Rakyat Malaysia di Kursk, Rusia dinasihat berwaspada di tengah konflik yang memuncak
Rakyat Malaysia yang berada di wilayah Kursk, Rusia dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti semua arahan serta nasihat yang dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Moscow.
3. Loji kuasa nuklear Zaporizhzhia alami kerosakan selepas serangan Ukraine
Infrastruktur Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP) mengalami kerosakan serius buat kali pertama sejak serangan dan pengeboman oleh tentera Ukraine bermula.
4. Hamas tuntut penerimaan cadangan gencatan senjata Gaza yang disokong Biden
Kumpulan Palestin Hamas pada Ahad menuntut pengantara gencatan senjata Gaza membentangkan rancangan untuk melaksanakan cadangan yang disokong Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang telah dipersetujui pada 2 Julai.
5. Naib Presiden Iran letak jawatan selepas 11 hari pegang jawatan
Naib Presiden Iran Mohammad Javad Zarif meletak jawatan, meninggalkan Kabinet Presiden Masoud Pezeshkian hanya 11 hari selepas pelantikannya.
6. Kerajaan sementara Bangladesh mahu jalin hubungan baik dengan semua negara
Penasihat hal ehwal luar negeri Bangladesh Md Touhid Hossain pada Ahad berkata kerajaan sementara negara itu mahu menjalinkan hubungan baik dengan semua negara termasuk India dan China.
7. Taufan Maria badai wilayah timur laut Jepun
Taufan Maria pada Isnin melanda wilayah timur laut Jepun, Iwate, menyebabkan hujan lebat yang memecahkan rekod serta gangguan teruk di seluruh wilayah Tohoku.
8. Seorang maut dua cedera, helikopter terhempas di atas bumbung hotel
Sebuah helikopter terhempas di atas bumbung sebuah hotel di Queensland Utara, Australia awal pagi Isnin, mengakibatkan juruterbangnya maut manakala dua individu lain cedera.
9. Langit Athens menjadi gelap akibat kebakaran hutan
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan yang bergerak pantas di luar Athens sejak petang Ahad, sementara penduduk sekitar diarahkan berpindah meninggalkan rumah masing-masing.
10. Penceroboh Menara Eiffel ditangkap beberapa jam sebelum upacara penutupan Olimpik Paris 2024
Polis Perancis terpaksa mengosongkan kawasan sekitar Menara Eiffel selepas seorang lelaki dikesan sedang mendaki mercu tanda Paris - beberapa jam sebelum majlis penutupan Sukan Olimpik Paris 2024.
#Sukan Olimpik Paris 2024 #gencatan senjata #berita pilihan #antarabangsa