Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 11, 2024 15:53 MYT
Ogos 11, 2024 15:53 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Ogos 2024.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Ogos 2024.
Pihak berkuasa Brazil menemukan perakam suara kokpit daripada serpihan pesawat yang terhempas di kawasan perumahan di Vinhedo, Sao Paulo, dengan 61 orang di dalam pesawat, lapor Agensi Berita Jerman dpa dengan memetik tentera udara Brazil lewat Jumaat.
Ketua Hakim Bangladesh Obaidul Hassan telah menyerahkan peletakan jawatannya kepada Kementerian Undang-Undang berikutan tekanan daripada penunjuk perasaan pelajar, lapor Sputnik yang memetik laporan media Bangladesh pada Sabtu.
"Gaya Yusuf Dikec" kini menjadi trend terbaharu dalam kalangan atlet di Sukan Olimpik Paris 2024, lapor Agensi Anadolu.
Dunia Islam pada Sabtu mengutuk pengeboman Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Bandar Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Sabtu menyalahkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza.
Algeria pada Sabtu meminta sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB diadakan pada Selasa ini untuk membincangkan serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal di Bandaraya Gaza.
Pasukan pengurusan Celine Dion mengecam Donald Trump kerana menggunakan lagu klasiknya "My Heart Will Go On" semasa perhimpunan kempen pilihan raya presiden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perancis akan mengadakan majlis penutup Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Stade de France, utara Paris, yang diberi nama "Records", lapor Sputnik.
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon presiden Parti Demokrat Kamala Harris berjanji untuk melancarkan manifesto beliau minggu depan yang akan memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi dan penurunan harga barang, lapor Sputnik.
Perdana Menteri Britain Keir Starmer telah membatalkan rancangannya untuk bercuti ketika kerajaan terus memberi tumpuan kepada tindak balasnya berhubung kekacauan di negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).