Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 9, 2024 15:59 MYT
Ogos 9, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Ogos 2024.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria memaklumkan bahawa wabak demam Lassa terus merebak di 34 negeri dan wilayahnya.
Presiden Nicolas Maduro mengarahkan sekatan platform media sosial X di Venezuela selama 10 hari di tengah-tengah protes pilihan raya presiden.
Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban selepas sebuah bot kayu meletup di perairan Bayelsa, selatan Nigeria, menurut polis pada Khamis.
Fumio Kishida batalkan lawatan luar negara untuk "beri tumpuan kepada tindak balas kerajaan dan penyebaran maklumat" mengenai potensi gempa bumi besar.
Polis Jerman pada Khamis menyatakan bahawa mereka tidak melihat sebarang risiko yang meningkat terhadap siri konsert Adele yang sedang berlangsung di Munich.
Syarikat elektronik Korea Selatan itu menyediakan sebanyak 10,500 unit telefon pintar kepada setiap peserta untuk dibawa pulang.
Gabenor Lipetsk, Igor Artamonov, mengumumkan pemindahan empat komuniti tempatan bagi memastikan keselamatan awam.
Rusia hari ini secara rasmi membenarkan perlombongan kripto dilakukan tetapi ia hanya dibenarkan kepada syarikat atau entiti Rusia yang berdaftar dengan kerajaan.
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan oleh gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter pada Khamis.
Trump umum hasratnya untuk tambah dua lagi sesi debat dengan pesaingnya, Harris di stesen televisyen Fox dan NBC.