Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 8, 2024 23:59 MYT
Ogos 8, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Ogos 2024.
Seorang suspek berusia 19 tahun didakwa merancang dengan teliti serangan terhadap konsert Taylor Swift dengan penemuan bahan kimia dan peranti teknikal semasa pihak berkuasa menggeledah kediamannya.
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 pada Khamis menggegarkan wilayah Miyazaki di Jepun, menurut agensi cuaca.
Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya di peringkat global, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Malaysia mencadangkan empat langkah utama untuk menyokong perjuangan Palestin, termasuk penubuhan kumpulan tokoh terkemuka yang ditugaskan untuk menilai dan mengenal pasti langkah bagi melaksanakan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Rentetan rusuhan berterusan di beberapa bandar di seluruh United Kingdom (UK), pemilik platform media sosial telah dipersalahkan kerana menyebar maklumat salah sehingga mencetuskan pertempuran ganas sejak beberapa minggu lepas.
Presiden Tunisia, Kais Saied memecat Perdana Menteri Ahmed Hachani pada Rabu, menurut kenyataan pejabat presiden.
Permainan dalam talian popular Roblox telah diharamkan oleh Turkiye semalam. Tiada sebab diberikan ialah tetapi sebelum ini muncul dakwaan parti seksual dianjurkan di dalam Roblox dengan kanak-kanak diberikan mata wang maya Robux untuk menyertainya.
Pemangku Menteri Luar Iran berkata, negara itu akan bertindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh pada "masa yang sesuai" dengan cara yang "sesuai" sehari selepas diplomasi sengit di Asia Barat.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memaklumkan angkasawan yang dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh Starliner Boeing berkemungkinan akan pulang dengan Crew Dragon milik SpaceX pada Februari 2025.
Menteri Luar Korea Selatan Cho Tae-yul mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Filipina, Enrique Manalo.