Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 7, 2024 23:54 MYT
Ogos 7, 2024 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Ogos 2024.
Calon presiden Parti Demokrat Kamala Harris dan gandingannya yang baru dipilih, Gabenor Minnesota Tim Walz membuat penampilan sulung.
Kejadian itu memberi kesedaran kepada negara bahawa masalah penyebaran berita palsu tidak boleh ditangani secara sambil lewa.
Starmer menjangka mereka terlibat rusuhan yang berlaku selepas serangan tikaman di Southport dijatuhi hukuman menjelang akhir minggu ini.
Seorang lelaki Pakistan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Iran didakwa atas tuduhan merancang pembunuhan seorang ahli politik atau pegawai kerajaan di Amerika Syarikat (AS).
Sembilan dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas sebahagian bangunan sebuah hotel di Rhineland-Palatinate, Jerman runtuh.
Malaysia mencadangkan kepada Thailand agar melibatkan sektor swasta dan syarikat pemula dalam penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ).
Sekitar 62 peratus rakyat Britain menyokong penglibatan tentera untuk menghentikan rusuhan yang tercetus minggu lalu.
Nasib platform ini semakin tenat dengan pendapatan pengiklanan menjunam 40% dalam tempoh enam bulan pertama berbanding tahun sebelumnya.
Marcel Ciolacu meluahkan kemarahan terhadap apa yang dikatanya sebagai 'situasi memalukan' melibatkan Ana Barbosu dan Sabrina Voinea.
Keputusan untuk membentuk kerajaan sementara dibuat selepas perbincangan antara Shahabuddin, penyelaras dan pemimpin tentera.