Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 6, 2024 23:58 MYT
Ogos 6, 2024 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Ogos 2024.
Agensi cuaca telah meramalkan bahawa gelombang haba mungkin berterusan sehingga sekurang-kurangnya 15 Ogos.
Sheikh Hasina yang melarikan diri dari negaranya dijangka tinggal di India sehingga Britain memberinya suaka.
Beberapa negara telah mengeluarkan amaran keselamatan kepada warganegara mereka di United Kingdom (UK) berikutan protes dan rusuhan antipendatang yang berlarutan selama beberapa hari.
Seorang juruterbang New Zealand telah dijadikan tawanan dan dibunuh oleh kumpulan pemisah di Mimika, wilayah Papua Tengah pada Isnin.
Kerajaan Thailand sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat dan bersedia untuk memberikan bantuan segera kepada rakyat negara itu sekiranya berlaku kecemasan.
Ketua tentera Bangladesh akan bertemu pemimpin protes pelajar pada Selasa ketika negara itu menunggu pembentukan kerajaan baharu.
"Google adalah monopolist dan ia bertindak sebagai satu-satunya (enjin carian) untuk mengekalkan monopolinya," kata Hakim Amit Mehta.
Tiada siapa yang berhak meragui hak undang-undang Iran untuk menghukum rejim Zionis.
Ratusan penunjuk perasaan antipendatang yang memakai bendera Britain dalam rusuhan cuba dileraikan oleh pihak polis.
Jalan raya di beberapa bahagian Florida bertukar menjadi sungai selepas Taufan Tropika Debby mengalami hujan lebat di bahagian utara negeri tersebut pada Isnin.