Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 5, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Ogos 2024.
1. Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan
Australia menaikkan tahap ancaman keganasannya daripada "mungkin berlaku" kepada "kemungkinan besar akan berlaku", umum Perdana Menteri Anthony Albanese.
2. UK bergelut dengan rusuhan terburuk dalam 13 tahun
Pihak berkuasa United Kingdom (UK) berhadapan tekanan yang semakin meningkat pada Ahad (4 Ogos) untuk menamatkan rusuhan terburuk England dalam tempoh 13 tahun.
3. Rusuhan besar: PM UK kutuk keganasan kumpulan berhaluan kanan
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer pada Ahad mengutuk keganasan kumpulan-kumpulan berhaluan kanan di seluruh negara susulan insiden serangan pisau yang menyebabkan tiga kanak-kanak perempuan terbunuh di Southport.
4. Turkiye, Itali keluar nasihat perjalanan ketika ketegangan memuncak di Lubnan
Turkiye dan Itali pada Ahad telah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat mereka di Lubnan atau yang merancang ke negara itu.
5. Pertempuran berterusan di Bangladesh ragut nyawa 91 orang, ratusan cedera
Sekurang-kurangnya 91 orang terbunuh dan ratusan cedera dalam pertempuran penunjuk perasaan dan pihak polis di Bangladesh.
6. India nasihat rakyatnya tangguh perjalanan ke Bangladesh
India menasihatkan rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke Bangladesh di tengah-tengah protes dan keganasan yang semakin meningkat di negara jiran itu.
7. Olimpik Paris 2024: 'Sudah-sudahlah membuli' - rayu petinju Algeria, Imane Khelif
Petinju wanita Algeria, Imane Khelif yang meraih kontroversi di Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini mengenai status jantinanya, memohon semua pihak untuk menghentikan tindakan membuli atlet.
8. Lima lagi kematian direkodkan akibat gelombang haba di Korea Selatan
Lima lagi individu meninggal dunia akibat gelombang haba di Korea Selatan, menjadikan angka kematian setakat ini mencecah 13 orang.
9. Ekonomi Perancis mendapat manfaat daripada "kesan Olimpik"
Sukan Olimpik Paris 2024 dijangka meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Perancis pada suku ketiga (S3) sebanyak 0.3 mata peratusan, meningkatkan kadar pertumbuhan dalam tempoh itu sehingga 0.5 peratus.
10. PM Bangladesh dilapor letak jawatan, didakwa dibawa ke 'lokasi selamat'
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dilaporkan letak jawatan, lapor Reuters memetik media tempatan.
#berita pilihan #antarabangsa #Sukan Olimpik Paris 2024 #Bangladesh