Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 3, 2024 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Ogos 2024.
1. Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen
SEORANG wanita telah ditahan di Washington DC kerana mengancam bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan membawa senjata api tanpa lesen, lapor Sputnik, memetik Jabatan Polis Metropolitan di ibu kota AS itu pada Sabtu.
2. Lapan terbunuh, puluhan cedera dalam serangan di pantai Mogadishu
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam serangan di sebuah pantai di Mogadishu yang terletak di ibu kota Somalia, pada Jumaat.
3. Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept
Calon presiden dari Parti Republikan, Donald Trump bersetuju dengan pelawaan Fox News untuk berdebat dengan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Demokrat, Kamala Harris pada 4 September ini.
4. Komander Hamas terkorban serangan udara terbaharu Israel di Tebing Barat
Seorang komander kumpulan Hamas dan empat yang lain dilapor terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah kenderaan di Tebing Barat yang diduduki.
5. Israel bebaskan Imam Sheikh Ekrima Sabri, halau dari masjid Al-Aqsa
Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel pada Jumaat selepas ditahan selama beberapa jam dan diarahkan untuk meninggalkan masjid itu.
6. Iran seru mesyuarat tergempar Menteri Luar OIC berkaitan pembunuhan Haniyeh
Menteri Luar sementara Iran, Ali Bagheri Kani mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat tergempar menteri-menteri luar berikutan pembunuhan ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.
7. Gempa bumi 6.8 pada skala Richter landa selatan Filipina
Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.8 pada skala Richter melanda wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina pada pagi Sabtu, lapor Xinhua memetik Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
8. OIC gesa siasatan pelanggaran Israel terhadap tahanan Palestin
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat menggesa siasatan segera dijalankan mengenai penderaan Israel terhadap tahanan Palestin, lapor Agensi Anadolu.
9. Tom Cruise beraksi pada penutup Sukan Olimpik Paris 2024
Bintang Hollywood, Tom Cruise akan melakukan beberapa siri aksi mengagumkan dalam segmen video yang akan disiarkan semasa majlis penutup Sukan Olimpik Paris pada 11 Ogos ini, lapor Xinhua.
10. China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Perwakilan China di Palestin menandatangani perjanjian untuk menyumbangkan sejumlah dana kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Khamis.
#berita pilihan #antarabangsa #Sukan Olimpik Paris 2024 #UNRWA