Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 30, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Julai 2023.
1. Kebakaran besar landa Euboea, pulau kedua terbesar di Greece
Ratusan anggota bomba dan sukarelawan sedang memadamkan kebakaran hutan yang besar pada Selasa di Euboea, pulau kedua terbesar di Greece, dengan kebakaran hampir mustahil untuk dikawal disebabkan angin kencang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
2. Presiden Jokowi berusaha wujudkan Nusantara yang selamat, bebas jenayah
Presiden Joko Widodo, yang juga dikenali sebagai Jokowi bertekad memastikan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, menjadi sebuah bandar yang selamat dan bebas jenayah.
3. Jualan McDonald's jatuh buat pertama kali dalam tiga tahun
McDonald's melaporkan penurunan mendadak dalam jualan di seluruh dunia, penurunan pertama dalam tempoh mencecah empat tahun, dengan kebanyakan pengguna didapati menjauhi item menu berharga tinggi, termasuk menu yang selama ini menjadi kegemaran.
4. 41 terbunuh, ratusan terperangkap tanah runtuh di selatan India
Sekurang-kurangnya 41 terbunuh susulan beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan bukit di Kerala, selatan India pada Selasa, dengan angka kematian dijangka terus meningkat.
5. 15 cedera akibat letupan di loji kimia BASF di Jerman
Seramai 15 pekerja di loji kimia BASF di Ludwigshafen mengalami kecederaan ringan akibat kebakaran yang berpunca daripada letupan.
6. 130 alami keracunan selepas makan belut panggang di Jepun
Seramai 130 orang mengalami keracunan makanan selepas memakan hidangan belut panggang yang dijual minggu lepas di sebuah gedung serbaneka di Yokohama dekat Tokyo, kata pihak berkuasa kesihatan tempatan.
7. Syarat baharu Netanyahu lengahkan gencatan senjata di Gaza - Hamas
Kumpulan Hamas pada Isnin menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghalang usaha untuk mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
8. Amaran jingga di 41 wilayah susulan gelombang haba di Perancis
Perkhidmatan Meteorologi Perancis, Meteo France pada Isnin mengeluarkan amaran jingga bagi 41 wilayah di kawasan selatan dan tengah susulan gelombang haba yang berterusan.
9. Dua kanak-kanak maut, sembilan cedera ditikam di kelas tarian di utara England
Dua kanak-kanak maut manakala sembilan lagi cedera selepas diserang semasa menghadiri kelas tarian di sebuah bandar di utara England.
10. FDA AS lulus ujian darah baharu bagi saringan kanser kolon
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) pada Isnin meluluskan ujian darah baharu untuk mengesan kanser kolon.
#berita pilihan #antarabangsa #Sukan Olimpik Paris 2024 #Joko Widodo