Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 26, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Julai 2024.
1. Penderitaan di Gaza: ”Saya tidak akan berdiam diri”- Kamala Harris beritahu Netanyahu
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris pada Khamis menyatakan kebimbangannya mengenai keadaan di Semenanjung Gaza kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semasa pertemuan mereka di Rumah Putih.
2. Bangladesh lanjutkan perintah berkurung, tahan penunjuk perasaan
Bangladesh melonggarkan perintah berkurung pada Jumaat dan Sabtu selama sembilan jam di tengah-tengah tindakan tegas terhadap protes pelajar yang semakin memuncak, lapor Agensi Anadolu (AA).
3. Blinken dijadual adakan pertemuan dengan Wang Yi di Laos
Isu pertikaian di Laut China Selatan dijangka akan melatari pertemuan di antara Menteri-Menteri Luar ASEAN bersama Menteri Luar China, Wang Yi menerusi mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-57, di Vientiane, Laos, pada Jumaat.
4. Diaspora Venezuela berhimpun di Santiago sokong Edmundo Gonzalez
Diaspora Venezuela di Chile berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap calon pembangkang Edmundo Gonzalez, beberapa hari menjelang hari pemilhan Presiden Venezuela.
5. Lelaki ditahan di Perancis disyaki rancang keganasan
Polis Perancis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan sehari sebelum pembukaan Sukan Olimpik di Paris, menurut pejabat pendakwa raya antikeganasan negara itu pada Khamis.
6. Israel dan Hamas hampir capai gencatan senjata - White House
White House mendedahkan Israel dan Hamas semakin hampir mencapai perjanjian gencatan senjata.
7. PBB desak tindakan terhadap cuaca panas melampau
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, mendesak negara-negara menangani epidemik cuaca panas melampau, yang berpunca daripada perubahan iklim.
8. Barack Obama, isteri sokong Kamala Harris dalam saingan Presiden AS
Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama pada Jumaat berkata beliau dan isterinya, Michelle menyatakan sokongan mereka kepada Naib Presiden Kamala Harris dalam saingan jawatan Presiden November ini.
9. Olimpik Paris 2024: Malaysia segak dengan 'The Malaya', Indonesia peraga baju adat Jawa
Malaysia segak dengan persalinan yang dinamakan sebagai 'The Malaya' dan kontinjen Indonesia pula akan mengenakan baju adat Jawa pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris yang dijadual berlangsung pada jam 1.30 pagi Ahad, waktu Malaysia.
10. Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza
Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada pada Jumaat menggesa gencatan senjata segera di Gaza dalam satu kenyataan bersama, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
#berita pilihan #antarabangsa #Sukan Olimpik Paris 2024 #Israel