Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 25, 2024 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Julai 2024.
1. Prabowo temui Macron di Istana Elysee Paris
Prabowo turut menyampaikan komitmen untuk memperkuat kerja sama dengan Perancis khususnya dalam bidang pertahanan.
2. Menteri Luar ASEAN setuju wujudkan Draf Komuniti ASEAN 20 Tahun
Menteri-Menteri Luar ASEAN hari ini bersetuju mewujudkan satu Draf Komuniti ASEAN 20 Tahun yang akan bermula pada tahun hadapan sehingga 2045.
3. Dewan Perwakilan AS sebulat suara undi tubuhkan pasukan petugas, siasat cubaan bunuh Trump
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu sebulat suara mengundi untuk menubuhkan pasukan petugas dwipartisan yang bertanggungjawab menyiasat cubaan bunuh bekas Presiden Donald Trump.
4. 2 juruterbang maut helikopter bertembung, terhempas di Australia
Dua helikopter dilaporkan bertembung di udara pada Khamis di barat Australia.
5. India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi
Ia merangkumi bidang seperti telekomunikasi, kecerdasan buatan, kuantum, kesihatan dan bioteknologi, bahan termaju dan semikonduktor.
6. Serah kepimpinan kepada generasi baharu cara terbaik satukan negara - Biden
Biden sebelum ini menarik diri daripada pemilihan berikutan tekanan yang semakin meningkat dari kalangan Demokrat.
7. Kemas kini konfigurasi jejas Falcon Sensor, Windows OS - CrowdStrike
Kecacatan dalam kemas kini kandungan telah dipulihkan lewat Jumaat, menurut syarikat itu dalam tinjauan awal selepas kejadian.
8. Bangladesh tubuh jawatankuasa siasat keganasan protes pelajar sebabkan 197 kematian
Tegas Menteri Maklumat dan Penyiaran Bangladesh Mohammad A Arafat, mereka yang bertanggungjawab atas kekacauan itu akan dihukum.
9. Lebih 1,000 pelancong dipindahkan akibat kebakaran hutan di Puglia, Itali
Pelancong yang tidak mempunyai kenderaan dibawa menaiki bot untuk ditempatkan di gimnasium yang disediakan majlis perbandaran Vieste.
10. Presiden Indonesia akan mula bekerja dari Nusantara mulai 28 Julai
Bekalan air minuman akan siap untuk digunakan dalam beberapa hari akan datang di ibu kota baharu itu.
#Donald Trump #berita pilihan #antarabangsa #ASEAN #berita dunia #berita global