Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 24, 2024 23:59 MYT
Julai 24, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Jun 2024.
Sejumlah 22 mangsa selepas sebuah pesawat yang membawa mereka terhempas di Nepal pada Rabu telah ditemukan, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan Kathmandu Post.
Malaysia sudah bersedia untuk menghantar pasukan tentera pengaman ke Gaza sekiranya diperlukan pada bila-bila masa, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Pemimpin dunia dan pakar memuji Deklarasi Beijing yang ditandatangani oleh 14 kumpulan Palestin, memuji peranan China dalam memudahkan perjanjian itu, lapor Xinhua.
China sentiasa tegas menyokong puak-puak Palestin untuk mencapai perdamaian dalaman melalui jalan dialog, kata Menteri Luar China Wang Yi pada Selasa.
Hujan berterusan akibat Taufan Gaemi dan monsun barat daya menyebabkan kejadian banjir hingga melumpuhkan ibu negara Filipina dan banyak kawasan di Pulau Luzon pada Rabu, lapor Xinhua.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa isu pelarian Rohingya bukanlah isu yang melibatkan negara Myanmar semata-mata, malah ia merupakan satu isu dominan untuk ASEAN.
Perintah berkurung, pemadaman Internet dan rondaan tentera diteruskan pada Selasa untuk meredakan kekacauan yang telah meragut sekurang-kurangnya 187 nyawa di seluruh Bangladesh berhubung pembaharuan dalam pekerjaan awam.
Sebuah belon yang membawa sampah sarap dari Korea Utara jatuh di kawasan pejabat presiden Korea Selatan pada Rabu namun tiada bahan berbahaya ditemui, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS).
James Cleverly menjadi orang pertama mengisytiharkan pencalonannya bagi menggantikan bekas Perdana Menteri United Kingdom Rishi Sunak sebagai ketua Parti Konservatif pada Rabu.
Sekurang-kurangnya 30 daerah dan bandar di Jawa Tengah mengisytiharkan status tindak balas kecemasan sebagai persediaan menghadapi potensi kemarau dan kebakaran hutan, kata Ketua National Disaster Mitigation Agency (BNPB) Suharyanto, pada Selasa.