Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 21, 2024 15:58 MYT
Julai 21, 2024 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Julai 2024.
Pakistan mengecam keras Jerman pada Ahad selepas konsulatnya di Frankfurt dirosakkan oleh kumpulan perusuh.
Perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand mula beroperasi secara rasmi dengan menghubungkan antara stesen Krung Thep Aphiwat Central di ibu negara Thailand, Bangkok dan stesen kereta api Khamsavath di ibu negara Laos, Vientiane.
Kebankrapan korporat di Jepun meningkat sebanyak 22 peratus tahun ke tahun ke tahap tertinggi dalam sedekad pada separuh pertama tahun ini akibat kenaikan kos, kekurangan tenaga kerja dan sokongan kewangan yang merosot, menurut tinjauan terkini oleh sebuah syarikat penyelidikan kredit, lapor Xinhua.
Sekurang-kurangnya lapan orang awam maut dan lapan lagi cedera dalam satu serangan udara tentera Myanmar ke atas sebuah kawasan pasar di utara Negeri Shan, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan media tempatan, pada Sabtu.
LETUPAN disusuli kebakaran dilaporkan berlaku di pelabuhan Hodeidah, Yaman, susulan serangan jet pejuang Israel di lokasi yang mensasarkan tentera pada Sabtu.
CALON pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memaklumkan, Presiden China Xi Jinping menghantar nota kepada beliau selepas insiden tembakan ketika berkempen minggu lepas
Perdagangan Kemboja dengan negara anggota ASEAN mencecah AS$7.96 bilion pada separuh pertama 2024, meningkat 11.6 peratus daripada AS$7.13 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut laporan Kementerian Perdagangan pada Sabtu..
Warga Singapura dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan tidak penting ke Bangladesh kerana situasi kekal tidak menentu susulan protes pelajar yang mengorbankan banyak nyawa di negara itu.
Pengeluar pesawat Amerika Syarikat, Boeing meramalkan bahawa industri penerbangan akan memerlukan hampir 44,000 pesawat dalam tempoh dua dekad akan datang, menurut ramalan jangka panjang terbarunya yang dikeluarkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pengusaha restoran di Paris merungut mengenai penurunan pengunjung berhubung penganjuran Sukan Olimpik 2024, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).