Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 18, 2024 23:58 MYT
Julai 18, 2024 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Julai 2024.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan dijangkiti COVID-19 ketika berkempen di Las Vegas pada Rabu.
Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penamatan projek dermaga terapung pada Rabu, yang ditubuhkan untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
Pedang ninja akan diharamkan di bawah rancangan Kerajaan United Kingdom (UK) yang disampaikan dalam Titah Diraja, tetapi tiada cadangan untuk mengambil tindakan terhadap busur silang, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Bangladesh mengumumkan akan menutup semua universiti awam dan swasta susulan protes pelajar terhadap sistem kuota dalam pekerjaan sektor kerajaan semakin memuncak minggu ini.
Tujuh orang maut termasuk tiga kanak-kanak dalam kebakaran pada Rabu di Nice, Perancis, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin di media sosial X, menurut Xinhua.
Perdana Menteri Belanda Dick Schoof berkata kerjasama antarabangsa amat penting dalam usaha memperjuangkan keadilan untuk 298 mangsa yang terkorban dalam tragedi menyayat hati membabitkkan Penerbangan MH17 Malaysia Airlines, 10 tahun lepas.
Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific Airways telah melancarkan siasatan susulan insiden pintu tandas yang tertanggal ketika dalam perjalanan ke New York pada Isnin.
Rangka dinosaur Stegosaurus memecah rekod lelongan untuk sebuah fosil apabila ia dijual pada harga AS$44.6 juta (RM207.9 juta), kata firma lelongan Sotheby's pada Rabu.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Perancis 'hipokrasi diskriminasi' kerana enggan membenarkan atletnya memakai hijab semasa penyertaan mereka dalam Sukan Olimpik Paris hujung bulan ini.
Manchester United kelihatan bersungguh-sungguh memperkuatkan barisan generasi baharu pasukan itu apabila mendatangkan seorang lagi pemain muda, Leny Yoro, dari Lille.