Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 16, 2024 23:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
1. Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyifatkan situasi di Gaza sebagai amat berbahaya dengan menyatakan "tiada tempat yang selamat" di wilayah itu.
2. Dua warga Pakistan antara empat maut dalam tembakan berhampiran masjid di Oman
Dua warga Pakistan adalah antara sekurang-kurangnya empat orang yang terbunuh dalam insiden tembakan berhampiran sebuah masjid di Oman awal Selasa, lapor Anadolu Agency (AA).
3. Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Bekas Presiden Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan (GOP) pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh pada hujung minggu lalu, lapor United Press International (UPI).
4. Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
5. Tembakan di masjid di Muscat, polis Oman lancar siasatan
Polis Oman pada Selasa melancarkan siasatan berhubung insiden tembakan di sebuah masjid di Muscat yang mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan beberapa yang lain.
6. ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa meluluskan pinjaman sebanyak AS$100 juta bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka, lapor Xinhua.
7. Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Bekas Timbalan Pendakwa Raya yang mengetuai kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh, memberi peringatan kepada tiga lelaki yang dihukum penjara seumur hidup kerana menyebabkan kematian 298 penumpang, bahawa mereka akan ditahan dan dipenjara sekiranya meninggalkan Rusia.
8. Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) berangkat ke Abu Dhabi pada Selasa untuk bertemu dengan Presiden UAE, Muhammad bin Zayed Al Nahyan (MBZ) dan membincangkan usaha untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.
9. Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS) Aileen Cannon menolak pertuduhan tambahan terhadap bekas Presiden Donald Trump dalam kes dokumen sulit terhadapnya, menurut satu perintah yang difailkan pada Isnin.
10. Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Kerajaan Pakistan berusaha untuk mengharamkan parti bekas Perdana Menteri Imran Khan yang dipenjarakan, kata menteri penerangan pada Isnin, satu langkah yang berkemungkinan akan meningkatkan lagi krisis politik yang sedang berlaku di negara Asia Selatan itu.
#berita pilihan #antarabangsa #Oman #Donald Trump
;