Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 12, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Julai 2024.
1. Tragedi MH17 masih diingati walaupun sedekad berlalu
Sudah sedekad berlalu sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.
2. Ukraine boleh bergantung kepada NATO untuk jangka panjang - Ketua NATO
Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Khamis menyatakan bahawa Ukraine boleh bergantung kepada pakatan itu "sekarang dan untuk jangka masa panjang" semasa persidangan tiga hari pemimpin-pemimpin di Washington.
3. Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalam NATO - Erdogan
Cubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) adalah "tidak boleh diterima," kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Khamis.
4. Biden tersilap perkenal Zelenskyy sebagai Putin pada sidang kemuncak NATO
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden tersilap memperkenalkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sebagai musuh Rusia, Vladimir Putin pada sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Khamis iaitu kesilapan yang berlaku hanya beberapa jam sebelum sidang akhbar yang boleh menentukan nasib beliau dalam pemilihan semula.
5. 'Saya calon paling layak bertanding jawatan presiden' - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Khamis berkata beliau layak bertanding jawatan presiden dalam pilihan raya November ini, meskipun terdapat desakan agar beliau menarik balik pencalonannya, lapor Agensi Anadolu.
6. Gelombang haba melampau landa Itali, 'amaran merah' dikeluarkan untuk 11 bandar
Itali kini berdepan dengan gelombang haba melampau yang berpunca dari Afrika, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan "amaran merah" untuk suhu tinggi di 11 bandar pada Jumaat.
7. India kekal negara paling ramai penduduk abad ini - PBB
India dijangka kekal sebagai negara paling ramai penduduk di dunia dan berdepan tekanan ekonomi dan alam sekitar, menurut laporan World Population Prospects 2024 yang diterbitkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.
8. 60 hilang 2 bas jatuh sungai akibat tanah runtuh
Tanah runtuh menghanyutkan dua bas penumpang yang membawa sekurang-kurangnya 60 orang ke dalam sungai yang berarus deras di tengah Nepal awal Jumaat.
9. Kemuncak majlis kahwin RM700 juta anak lelaki terkaya Asia, Mukesh Ambani hari ini
Selepas berbulan perayaan mewah tersebar di seluruh dunia, majlis perkahwinan anak lelaki terkaya Asia akan berlangsung hari ini.
10. Ibu Kota Nusantara rangsang ekonomi seimbang: Menteri Indonesia Thohir
Pembinaan Ibu Kota Nusantara (IKN) merupakan antara langkah strategik yang diambil kerajaan untuk merangsang ekonomi yang seimbang dan pembangunan merata di seluruh Indonesia, kata Menteri Perusahaan Milik Negara, Erick Thohir.
#Volodymyr Zelenskyy #berita pilihan #antarabangsa #gelombang haba