Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 11, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Julai 2024.
1. Prabowo tegaskan komitmen perkukuh hubungan pertahanan dengan Mesir
Menteri Pertahanan Indonesia yang juga bakal presiden Prabowo Subianto menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala yang harmoni dan saling menguntungkan dengan Mesir.
2. Gempa bumi kuat 6.6 skala richter landa Mindanao, Filipina
Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.
3. George Clooney gesa Biden tarik diri daripada pilihan raya
PENGUMPUL dana terbesar kempen politik parti Demokrat Amerika Syarikat (AS), George Clooney muncul sebagai personaliti terbaharu yang menggesa Presiden Joe Biden untuk berhenti dan menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya negara itu.
4. Anggota keselamatan Brazil tembak pemain ketika leraikan kekecohan
PASUKAN bola sepak Gremio Anapolis menyatakan kekesalannya terhadap keganasan seorang anggota keselamatan daripada Specialised Policing Company (CPE) yang bertindak menembak penjaga golnya dalam sebuah perlawanan peringkat negeri di Brazil.
5. 10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan setiap tahun di Croatia
Lebih 10,000 haiwan peliharaan ditinggalkan di Croatia setiap tahun, terutamanya apabila pemiliknya pergi bercuti, walaupun kempen kesedaran telah dijalankan oleh NGO Friends of Animals sejak 2002, lapor Agensi Berita Croatia (Hina).
6. Arab Saudi luluskan reka bentuk menara sukan tertinggi dunia
Arab Saudi meluluskan reka bentuk menara sukan tertinggi di dunia yang akan dibina di Riyadh, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Saudi pada Rabu.
7. 65,000 cawan kopi hilang dari kilang Tesla di Jerman
Pengeluar kereta elektrik Amerika Syarikat, Tesla kini berhadapan dengan isu dalaman melibatkan puluhan ribu cawan kopi yang hilang di kilangnya di Grunheide, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
8. Pelaut cemas 1,000 ikan lumba-lumba ‘kepung’ bot di perairan Atlantik
Seorang pelaut berdepan detik cemas apabila bot dinaiki didekati sekumpulan ikan lumba-lumba di perairan Atlantik pada Ahad.
9. Sekuel The Devil Wears Prada bakal diterbitkan?
SEKUEL filem The Devil Wears Prada dilaporkan sedang dalam perancangan untuk diterbitkan.
10. Penumpang diselamatkan selepas pesawat Saudia terbakar di lapangan terbang Peshawar
Semua penumpang dan anak kapal selamat dipindahkan selepas sebuah pesawat Saudia terbakar ketika mendarat di lapangan terbang Peshawar, Pakistan pada Khamis.
#gempa bumi #Tesla #berita pilihan #antarabangsa