Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 10, 2024 15:59 MYT
Julai 10, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Julai 2024.
Pihak berkuasa tempatan bergegas ke sebuah kilang di Derrimut, barat Melbourne selepas letupan yang berpunca daripada bahan kimia mencetuskan kebakaran pada Rabu, lapor Xinhua.
Bekalan elektrik di selatan Rusia terputus akibat gelombang haba melampau, menyebabkan kira-kira 600,000 orang mengalami gangguan elektrik, menurut Kementerian Tenaga Rusia, lapor Sputnik.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden komited menamatkan penggal kedua jika dipilih semula pada pilihan raya presiden akan datang, menurut Rumah Putih pada Selasa.
Donald Trump mendakwa, Demokrat sedang mengalami "keruntuhan besar-besaran" dan mencabar Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk tampil sepentas dengannya dalam satu lagi sesi debat tanpa moderator.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan, Ukraine akan dibekalkan dengan lebih banyak sistem pertahanan udara dalam menghadapi serangan daripada Rusia.
Perdana Menteri India, Narendra Modi memberitahu Presiden Rusia, Vladimir Putin perdamaian merupakan hal "paling penting" serta penyelesaian kepada peperangan yang berlanjutan di Ukraine.
Pejuang Houthi dari Yaman dakwa telah menyerang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab dengan beberapa peluru berpandu pada Selasa.
United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum mendarat dengan selamat di Denver, lapor United Press International (UPI).
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKG) menjadi lapangan terbang terbaharu yang yang membenarkan penumpang menyimpan cecair dan peranti elektronik dalam bagasi kabin sewaktu pemeriksaan keselamatan.
Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda selatan Afrika pada 12.55 tengah hari tadi.